Skip to main content

Pengenalan Diri

       




         Assalamualaikum w.b.t. Salam perkenalan kepada semua yang sudi singgah di blog saya. Nama saya Muhammad Haziq Zul Itqan Bin Azhar. Saya merupakan Financial Consultant di Elite Financial Group. Elite Financial Group merupakan sebuah agensi yang bernaung di bawah Hong Leong MSIG Takaful dan Phillip Murtual Berhad. Jadi, secara tak langsung Elite Financial Group menawarkan khidmat berkaitan financial atau kewangan seperti Takaful dan Pelaburan Unit Amanah Saham (Unit Trust).

    Saya memilih perancangan kewangan kerana bagi saya tanpa ilmu dalam merancang kewangan, ekonomi kita tidak akan kukuh dan kita tidak mempunyai daya saing yang tinggi.  Untuk itu saya sentiasa berusaha untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya merancang kewangan secara berhemah.

    Saya memilih Hong Leong MSIG Takaful adalah kerana syarikat ini mempunyai produk-produk simpanan dan perlindungan yang menarik.  Produknya memenangi anugerah The Most Outstanding Takaful Product serta Hong Leong MSIG Takaful sendiri telah memenangi anugerah The World Halal Brand dan Anugerah Mesra Pengguna.

    Perancangan kewangan mestilah merangkumi aspek mengembangkan harta dengan menjadikan duit bekerja untuk duit, melindungi harta dengan mencipta aset segera serta merancang pengagihan harta melalui penulisan wasiat, hibah harta, hibah tunai, hibah takaful serta pengurusan harta pusaka.


Comments