I Flexi Protect merupakan pelan perlindungan fleksibel untuk anda dan keluarga anda. HLM Takaful i-Flexi Protect, pelan Takaful keluarga sumbangan berkala memastikan keluarga anda dapat menarik nafas lega dengan jumlah sekaligus yang dibayar kepada keluarga anda.
Mereka yang anda sayangi boleh menggunakan manfaat ini untuk membayar pinjaman perumahan, yuran sekolah, bil perubatan atau perbelanjaan harian, apabila anda telah tiada untuk menjaga mereka.
HLM Takaful i-Flexi Protect juga memberi anda fleksibiliti dalam memilih tempoh perlindungan anda sehingga umur 60, 70, 80 atau 90 tahun. Tekan SINI untuk maklumat lanjut.
2. HLM Takaful i-Care Hasanah Privilege
I-Care Hasanah Privilege ialah pelan Takaful berkaitan pelaburan selama 20 tahun, HLM Takaful i-Care Hasanah Privilege ini direka untuk menyediakan keperluan kewangan buat anda dan yang tersayang sekiranya peristiwa yang tidak diduga seperti Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (TPD) atau kematian berlaku.
Oleh itu, yakinlah melayari kehidupan dengan mengetahui keperluan perlindungan anda dijaga. Tekan SINI untuk maklumat lanjut.
3. HLM Takaful i-Heritage Protector
HLM Takaful i-Heritage Protector adalah pelan takaful perlindungan kewangan yang direka khas bagi menyediakan warisan mewah buat yang tersayang dan pilihan untuk melindungi pembiayaan gadai janji anda. Pelan takaful ini memberikan anda fleksibiliti dalam memilih tempoh pembayaran dan menikmati jumlah dilindungi asas sehingga berumur 60, 70, 80 atau 90.
Anda juga tidak perlu bimbang dengan HLM Takaful i-Heritage Protector memandangkan jumlah dilindungi asas akan meningkat secara automatik semasa tempoh perlindungan.
Pada masa yang sama, kami memastikan kesayangan anda boleh meneruskan hidup dari segi kewangan sekiranya berlaku peristiwa yang tidak terduga dengan Elaun Ihsan, bayaran pendahuluan sehingga RM10,000 sebagai tambahan kepada jumlah dilindungi asas. Tekan SINI untuk maklumat lanjut.
4. HLM Takaful i-Jauhar
Pelan ini sesuai untuk anda yang inginkan tempoh simpanan paling singkat, atau simpanan yang berjumlah besar secara sekaligus.
i-Jauhar merupakan pelan simpanan takaful paling pendek. Memberikan anda bayaran tunai secara tetap setiap tahun sehingga 300% dari jumlah Living Assistant Payout yang diperuntukan untuk semua pencarum setiap tahun sehingga 30 tahun! Ianya juga sesuai untuk dijadikan simpanan secara berkala untuk persaraan atau kegunaan masa hadapan kerana tempoh simpanannya boleh dipilih selama 5, 10, 20 tahun.
Perlindungan hibah berganda untuk kematian akibat kemalangan. Sesuai untuk simpanan RM300 sebulan dan ke atas. Tekan SINI untuk maklumat lanjut.
5. HLM Takaful FiT CI
Pelan perlindungan penyakit kritikal paling murah dengan caruman serendah RM100 untuk setiap umur dan perlindungan penyakit kritikal sehingga RM1 juta ringgit*. Tempoh menunggu serendah 30 hari sahaja.
Anda akan dibekalkan dengan fitness tracker untuk menggalakkan anda membuat aktiviti kecergasan dan anda akan diberikan mata ganjaran untuk ditukarkan dengan voucher membeli belah atau menonton wayang. Anda rajin anda dapat ganjaran, dan juga anda bertambah sihat! Itulah HLMT Fit CI. Sentiasa Fit!
Lebih-lebih lagi, pendaftaran bagi pelan HLM Takaful CI adalah mudah kerana apa yang diperlukan hanyalah menjawab soalan kesihatan yang mudah. Tiada pemeriksaan kesihatan diperlukan. Satu lagi manfaat hebat, pelan anda akan diperbaharui secara automatik untuk perlindungan selama 10 tahun lagi tanpa pengunderaitan sehingga 2 kali! Tekan SINI untuk makluma lanjut.
6. HLM Takaful Premier Growth
Memperkenalkan HLM Takaful Premier Growth, pelan berkaitan pelaburan dengan sumbangan tunggal yang menyediakan pilihan untuk menyumbang satu jumlah sekaligus untuk kadar peruntukan yang tinggi bagi menikmati pulangan pelaburan yang bermanfaat pada usia 80 atau 100.
Selain itu, anda akan memperoleh ketenangan fikiran dengan mengetahui bahawa anda dilindungi daripada perkara yang tidak dijangka. Tekan SINI untuk maklumat lanjut.
Comments
Post a Comment