Apabila bercakap mengenai kos, perkara pertama yang terlintas di kepala pastilah soal duit atau wang. Begitu juga dengan kos perubatan penyakit. Ia tidak lari daripada isu “beban kewangan” yang perlu ditanggung. Mungkin ada yang kata, tidak perlu risau kerana mereka boleh mendapatkan rawatan bagi penyakit-penyakit yang dialami secara percuma daripada klinik-klinik atau hospital-hospital milik kerajaan. Tunggu sebentar! Adakah anda pasti bahawa kesemua rawatan boleh diperoleh secara percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan? Lihat apa yang kami sediakan di bawah ini. Ada sesetengah rawatan sememangnya percuma atau hampir percuma di fasiliti kesihatan milik kerajaan, tetapi tidak semuanya begitu. Malah ada juga kos rawatan yang anda masih perlu bayar ribuan ringgit walaupun telah disubsidi oleh kerajaan Malaysia. Apatah lagi jika anda mendapatkan rawatan di fasiliti milik swasta yang kadarnya boleh mencecah sehingga jutaan ringgit. Perlu diingat bahawa kos perubatan yang dinyatak...
MHZulitqan (FINANCIAL CONSULTANT)
Merancang Kewangan Dengan Bijak